Wednesday, February 16, 2011

Kepentingan Diri SENDIRI


Salam sejahtera,
Ada pelbagai jenis manusia yang bertopengkan syaitan dalam dunia ini, ada yang mungkin berkopiah, ada yang mungkin berkot, tetapi bahayanya manusia jenis ini adalah mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk diri mereka sendiri. matlamat menghalalkan cara Kesenangan mereka, kebebasan mere sehinggalah merampas hak yang bukan milik mereka.


Bagaikan Mantan Presiden Mesir.. Ada kalanya manusia jenis ini akan cuba menutupkan pintu demokrasi dengan merampaskan hak kebebasan orang lain, golongan ini cuba sedaya upaya untuk mengelirukan pihak lain supaya ikut dengan kehendaknya. Golongan-golongan bergelar diktator ini pandai memutar belitkan fakta dan menipu supaya hasrat mereka tercapai..
Adakalanya pada pandangan mereka, perkara ini remeh, tetapi tujuan asal sesuatu perkara yang perlu mereka lakukan itu merangkumi banyak pihak.. merangkumi masa depan mereka.. golongan ini tidak berfikir jangka masa panjang, cuma mereka fikirkan jangka masa pendek.

Golongan ini akan duduk sekali dan membuat keputusan untuk nasib orang lain, mereka cuba untuk menetapkan siapa patut jadi pemimpin dan siapa bukan pemimpin. Mereka ini sejenis dengan mubarak, mempunyai ideologi yang sama serta persepsi yang sama cuma situasinya mungkin berbeza sedikit.

Demi matlamat mereka sanggup lakukan apa sahaja, mereka tidak faham apa reti kebebasan, mereka tidak faham apa itu perjuangan.. Cubalah mereka duduk dan berfikir, siapa anda untuk memilih PEMIMPIN...


Darren Lai

Maafkan sahabat

Sahabat..

Maafkan saya ganggu kamu semasa kamu sangat penat

Maafkan saya kerana mengambil masa belajar kamu

Maafkan saya kamu bazirkan tenaga kamu..

maafkan saya mengambil hak kamu

maafkan saya kerana hilangkan kepercayaan kamu

maafkan saya kamu bertungkus lumus kerana saya

maafkan saya, atas apa yang telah berlaku..

maafkan...

Monday, January 31, 2011

Pro ASPIRASI atau Pro MAHASISWA?

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Saban tahun bila tibanya musim pemilihan raya kampus, suara dua kumpulan mahasiswa ini jelas berkumandang di seluruh kampus bagi tujuan meraih undi. Kumpulan-kumpulan mahasiswa bertungkus lumus untuk berkempen serta menyebarkan ideologi kumpulan masing-masing atas agenda masing-masing.

Fahaman Politik

Tibanya musim PRK, mulalah kita kedengaran pelbagai fitnah, pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak yang saling menuduh antara satu sama lain. Ada kumpulan yang dilabelkan pro kerajaan, ada yang dilabelkan pro pembangkang tetapi kebenaran di sebalik penyataan ini hanyalah jelas diketahui oleh kedua kumpulan mahasiswa ini. Saya tertarik dengan satu artikel yang telah ditulis oleh sdr Hilman Idham, Presiden KAMI yang jelas menyatakan bahawa zaman ini, tidak lagi wujudnya istilah pro Aspirasi ataupun pro Mahasiswa Cuma istilah jentera Universiti serta jentera mahasiswa. Saya ingin menarik perhatian pembaca, jika wujudnya jentera Universiti, apakah signifikasi kewujudan kumpulan ini berdasarkan kehendak Universiti? Analoginya sama seperti seorang ibu atau bapa yang mahukan terbaik daripada anaknya. Ini cuma sekadar pendapat saya.

Panji Perjuangan

Bila kita duduk yang analisi pergerakan pro Aspirasi dan pro Mahasiswa, kita akan dapati bahawa kedua-dua kumpulan ini mempunyai agenda yang berteraskan perkara yang sama iaitu MAHASISWA. Hanya manusia yang mempunyai minda yang sempit akan cuba untuk menjurangkan lagi perbezaan dua kumpulan mahasiswa ini. Mengapa tidak kita melihat persamaan yang wujud yang bersama-sama kita berjuang atas dasar yang sama?

AUKU

Benarkah Akta Universiti dan Kolej Universiti membantutkan pergerakan mahasiswa? AUKU sendiri digubalkan untuk memastikan kelancaran Universiti tersebut. Negara ada peraturan sendiri, keluarga ada peraturan sendiri dan Universiti semestinya mempunyai peraturannya. Peraturan yang menyentuh mengenai mahasiswa tidak melebihi 10%. Jadi bagaimanakah AUKU ini mampu membantutkan pergerakan mahasiswa? Fasal 15 (a) (b) dan (c) melarang mahasiswa untuk menyertai atau menyokong mana-mana parti politik. Pernahkah terfikir mengapa fasal ini diperkenalkan? Bertujuan untuk membantu atau merosakkan mahasiswa. Marcapada ini kedengaran suara-suara bukan sahaja ahli politik biasa malah ahli kabinet yang meminta fasal ini digubal untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik. Adakah untuk kebaikan mahasiswa atau kepentingan POLITIK masing-masing? Renungkan..

Minda SEMPIT

Manusia akan mengulangi kesilapannya jika kita lupakan sejarah. Betul tetapi manusia tidak boleh meletakkan sejarah sebagai garis panduan kerana apa kesilapan sejarah harus kita betulkan dan memperbaharui supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bila mahasiswa berjuang kita selalu kaitkan dengan zaman kegemilangan mahasiswa, tetapi adakah kita mengetahui bahawa zaman itulah ramai mahasiswa yang terpaksa bungkus pulang ke kampung tanpa menggenggam segulung ijazah sebagaimana yang telah diharapkan oleh keluarga mereka. Jika mereka hebat berdebat, melontar idea dan menjadi suara masyarakat, mengapa mereka ini tidak kedengaran lagi hanya sekadar menjadi orang-orang di belakang. Dimana suara yang menyatakan mereka akan menjadi pemimpin masyarakat? Adakah mereka sudah hilang taringnya?

Saya tidak pernah melabelkan mana-mana kaum dalam post saya, tetapi fikirlah betapa ramai mahasiswa melayu yang tidak bergraduan, tidak bekerja dan masih merempat sekadar memberi ceramah. Adakah ini menjadi pelapis kepimpinan negara? Oh tidak sama sekali.

Adakah dengan melaungkan slogan-slogan dan membawa panji berunsur benci cukup untuk melengkapkan diri kita untuk menerajui kepimpinan negara? Adakah dengan ideolgi-ideologi yang dikatakan mampu membawa kebaikan bersama ini berguna? Tanpa segulung ijazah nescaya, masyarakat dunia memandang rendah pada kumpulan ini. Tanpa segulung ijazah, minda mahasiswa ini adalah SEMPIT.

MINDA REVOLUSI

Adakah dengan mahasiswa berminda sempit ini kita mampu mendokong ASPIRASI negara? Adakah dengan mahasiswa berminda sempit ini kita mampu memperjuangkan MAHASISWA? Tujuan utama kita menjejakkan kaki ke menara gading adalah sekurang-kurangnya kita bergraduasi memegang segulung ijazah. Bukan sahaja lantang tetapi bernas serta melontarkan ideologi yang mampu mengangkat martabat negara. Zaman ini bukanlah zaman untuk manusia yang hanya mampu turun ke jalan menunjuk perasaan tetapi ini merupakan zaman mahasiswa profesional duduk di meja berbincang serta menyelesaikan masalah bersama pimpinan negara.

Istilah BARBARIC ( tidak bertamadun) selalu digunakan oleh saya untuk dilabelkan kepada mahasiswa yang turun ke jalanan atau melakukan demonstrasi. Bagi saya sendiri, ini bukan sahaja tidak mencerminkan imej mahasiswa malah ini merosakkan akhlak serta pandangan masyarakat kepada mahasiswa yang dulunya digelar JURUCAKAP MASYARAKAT.

Demonstrasi jalanan bukan lagi satu alternatif yang patut digunakan oleh mahasiswa. Mahasiswa zaman ini lebih digalakkan untuk berjuang atas dasar profesionalisme yang mempunyai kepimpinan berpandu bukanlah menggunakan perasaan semata-mata. Kita bukan lagi berjuang atas ideologi realpolitik dimana matlamat menghalalkan cara. Penghimpunan haram tetap HARAM walaupun mahasiswa merupakan golongan yang baru belajar.

Kita seharusnya merevolusikan diri kita supaya tidak terjebak dengan aktiviti BARBARIC serta kita seharusnya membentuk diri kita supaya kekal kompetitif dengan saingan antarabangsa. Marilah kita bersama-sama merealisasikan gagasan 1 Malaysia 1 UTM | WE <3 UTM

Darren Lai

Tuesday, January 25, 2011

Going Global

salam sejahtera Salam 1 Malaysia

pada 25 januari 2011, saya telah menghadiri satu ceramah yang bertajuk Global Players, Malaysia is not our border oleh Tuan Sharif, Ketua Pegawai Esekutif Yayasan Pelajaran MARA.

Bagi saya, ada beberapa isu yang saya kurang bersependapat dengan beliau. Bagi saya, Malaysia sepatutnya mengekalkan think-tank atau golongan bijak pandai ini kekal dalam Malaysia.

Rasionalnya adalah, saban hari kita mengeksport golongan bijak pandai negara kita untuk bekerja di luar negara. dari segi pengalaman, perkara ini amatlah membantu golongan bijak pandai ini untuk berkembang serta membina kerjaya yang cemerlang di luar negara tetapi secara negatifnya, negara kita semakin hari semakin kurang golongan ini untuk membantu memajukan negara.

Bagi saya, golongan ini mungkin melihat faktor kewangan sebagai pendorong utama untuk mereka berhijrah ke negara luar negara. Sekadar pandangan sahaja.

sekian..

Darren Lai

Monday, January 24, 2011

Belajar ikut undang-undang


Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia,

Saya amat tertarik dengan penyataan seorang sahabat saya, mahasiswa merupakan salah seorang individu yang berada dalam proses pembelajaran dimana terdapatnya ruang untuk melakukan kesalahan. Sememangnya betul saya sangat setuju dengan penyataan itu tetapi sebagai seorang mahasiswa kita perlu sedar mana baik dan buruknya satu-satu tindakan. Sekiranya tindakan kita mendatangkan kemudaratan dan melanggar undang-undang yang sedia ada, saya percaya mahasiswa yang mempunyai akal yang sempurna dapat menghindari daripada perkara-perkara negatif diatas.

Bagi saya, demonstrasi bukan cara yang terbaik untuk mahasiswa meluahkan apa perasaan mereka. Adakah dengan cara berarak di jalan menunjukkan seorang yang terpelajar? Adakah dengan menjerit di jalanan menunjukan orang akaemia? bagi saya secara peribadi ini adalah satu tindakan BABARIC. Satu tindakan yang tidak mencerminkan keperibadian seorang mahasiswa.

Bagi saya sendiri, banyak benda boleh diselesaikan diatas meja bulat. Duduk dan bincang sebaik mungkin, saya menafikan sesetangah pihak yang menyatakan suara mahasiswa tidak didengari. dari segi pimpinan mahasiswa sendiri, Majlis Perwakilan Mahasiswa mempunyai akses terus ke kepimpinan negara melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional. MPM sendiri mempunyai akses dalam mesyuarat-mesyuarat penting dalam Universiti. Bilanya suara tidak didengari?

Ada yang menyatakan kerajaan mengikat mahasiswa dengan memperkenalkan AUKU. Adakah mahasiswa ingin menyertai politik? adakah itu dikatakan tidak mendengar suara mahasiswa? saya cabar mahasiswa yang membuat penyataan tersebut kemukakan fakta nombor berapa ramai mahasiswa yang ingin menyertai parti politik? Kesedaran politik itu adalah penting tetapi jangan lupa tanggungjawab utama mahasiswa ke Universiti iaitu pencapaian akademik. Apakah nasihat ibu bapa anda bila melangkah masuk ke dalam kampus? adakah mereka menyuruh ada untuk berdemonstrasi bila tidak puas hati? renungkanlah

Mahasiswa sepatutnya mempunyai kesedaran politik tetapi penglibatan kita sepatutnya berhati-hati. Jangan lupa tanggungjawab utama kita di kampus. jangan sehingga kita menjadi sesetengah mahasiswa yang terlalu mengejarkan 'kesedaran' sehingganya terabaikan pelajaran dan terpaksa extend.

Darren Lai

Sunday, December 26, 2010

Hachiko


This is a true story in 1924, Hidesaburō Ueno, a professor in the agriculture department at the University of Tokyo took in Hachikō as a pet. During his owner's life Hachikō greeted him at the end of the day at the nearby Shibuya Station. The pair continued their daily routine until May 1925, when Professor Ueno did not return. The professor had suffered from a cerebral hemorrhage and died, never returning to the train station where Hachikō was waiting. Every day for the next nine years the golden brown Akita waited at Shibuya station.

Hachikō was given away after his master's death, but he routinely escaped, returning again and again to his old home. Eventually, Hachikō apparently realized that Professor Ueno no longer lived at the house. So he went to look for his master at the train station where he had accompanied him so many times before. Each day, Hachikō waited for the return of his owner.

The permanent fixture at the train station that was Hachikō attracted the attention of other

commuters. Many of the people who frequented the Shibuya train station had seen Hachikō and Professor Ueno together each day. They brought Hachikō treats and food to nourish him during his wait.

This continued for nine years with Hachikō appearing precisely when the train was due at the station.

Can all the readers imagine, do any human have that kind of loyalty anymore? Just sit and think.. We have the brain but animal have the quality..


Darren Lai

Thursday, December 23, 2010

Global Outreach Program @Batam Indonesia




Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia

Pada 12 Disember 2010, PEMKA telah menganjurkan satu program Global Outreach Program to Batam. Walaupun program ini merupakan anjuran PEMKA tetapi hanya seorang sahaja wakil dari PEMKA iaitu saya. Ini adalah kerana program ini merupakan kesinambungan dari Program GEMILANG yang telah diberhentikan atas sebab kekurangan bajet.

Dalam Program Gemilang yang lepas, saya sendiri berjaya mengumpul wang penajaan sebanyak RM 10,000. Oleh itu bajet yang telah dikumpul dalam GEMILANG telah digunakan dalam Bajet program ke Batam ini.

Pengalaman Batam ini amat menarik kerana ini merupakan program oversea saya yang pertama dan sayalah pengarah program. Semasa di Batam, pelbagai tempat telah dikunjungi tetapi pada kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya yang paling berharga di Batam iaitu berkunjung ke Universitas Internasional Batam.

Rupanya-rupanya kuliah mereka berjalan pada waktu malam, pasti ramai yang tertanya mengapa malam kerana waktu kuliah yang biasa kita di UTM sendiri pun waktu pagi sahaja. Ini adalah kerana mahasiswa di Batam adalah mahasiswa bekerja. Jadi mereka hanya senang selepas waktu pejabat.

Ada yang mungkin akan menjawab, ohh ini macam program SPACE di UTM. Tidak mereka bekerja adalah bertujuan untuk menampung kuliah mereka. Telah menjadi tradisi di Batam dimana keluarga mereka tidak akan menampung pembelajaran mereka di universiti. semuanya kena berdikari untuk mencari jalan bagi memastikan mereka mendapat pendidikan lanjutan.


Untuk pengetahuan pembaca, tidak wujudnya apa-apa jenis bantuan kewangan yang telah diperuntukkan leh kerana untuk pembelajaran universiti. Begitu berbezanya dengan negara Malaysia yang mewujudkan pelbagai bantuan biasiswa dan pinjaman untuk memastikan mereka dapat menyambung pelajaran tetapi masih ada yang tidak menghargainya.

Sebelum berjumpa dengan Universitas, rombongan kami juga berjaya terserempak dengan WaliKota (wakil rakyat) Batam. Pelbagai idea-idea telah dikemukakan malah kami telah berkesempatan untuk bergambar dengan beliau.

Hasil daripada pertemuan kami dengan UIB, kami telah bersepakat untuk mengadakan MOU diantara dua universiti bagi menghasilkan satu kelangsungan hubungan persahabatan yang jitu di antara dua universiti.

Kesimpulannya ialah, saya tak sabar nak anjurkan program oversea lagi pada masa yang akan datang. Harap-harap tidak akan menjadi seperti program GEMILANG.

Darren Lai
Presiden PEMKA