Friday, July 16, 2010

MAHASISWA MINDA KELAS PERTAMA


Salam sejahtera Salam 1 MALAYSIA,

Mahasiswa minda kelas pertama, satu topik yang bukan lagi asing di kalangan pimpinan mahasiswa. Persoalannya amat mudah, bagaimanakah kita hendak mencapai status minda kelas pertama ini. Pelbagai teori atau ideologi dilontarkan tetapi masih tidak mentampakkan keberkesanannya, bagaimana hendak kita mencapai minda ini?

saya di sini bukanlah orang yang hebat-hebat cuma ingin mengkongsikan sedikit pendapat peribadi saya.

antara poin-poin utama yang saya bilang perlu dijadikan sebagai pedoman adalah

a) menghargai masa
b) disiplin diri
c) hubungan yang baik
d) komitmen yang tinggi
e) kesanggupan mengharyati ilmu (life long learning)


mengapa saya meletakkan 'menghargai masa' sebagai poin yang paling tinggi sekali, saya merasakan perkara ini adalah amat penting kerana bangsa yang menghargai masa selalunya bangsa yang berjaya. sebagai contoh, orang jepun, mereka begitu menghargai masa sehingga sanggup mencipta jam yang mengira masa sehingga ke saat. sekiranya kita menghargai masa, banyak benda dapat dilaksanakan dengan masa-masa yang terbuang. Saya telah melihat satu trend yang sama di kalangan mahasiswa iaitu mereka tidak mampu menepati masa untuk memasuki kuliah. Ada yang lewat sehingga 15 minit terakhir pun mampu masuk ke kelas. apabila trend ini telah sebati dalam diri mahasiswa, nescaya budaya ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam pekerjaan nanti.

disiplin diri, tanpa disiplin kita akan lebih mudah terjebak dalam benda-benda yang tidak sepatutnya. rasuah, penyelewengan dan macam-macam lagi yang mampu merapuhkan integriti masyarakat kita, cuba anda bayangkan sekiranya majoriti daripada masyarakat kita mengamalkan rasuah, nescaya akan tumbanglah sistem sosial mantap yang cuba kita bina. Mahasiswa abad ini kurang disiplinnya, mengapakah saya berkata demikian cuba pembaca lihat di sekeliling kita, peraturan universiti yang ditetapkan tidak mampu diikuti oleh mahasiswa. Bukan majoriti cuma segelintir tetapi segelintir inilah yang mencacatkan imej sebagai mahasiswa. Bukan penulis ingin menegaskan bahawa semua mahasiswa perlu SKEMA dalam mematuhi peraturan cuma sebagai mahasiswa yang penulis bilang merupakan orang dewasa sepatutnya bijak dalam menentukan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.


hubungan yang baik, penulis suka menasihati anak-anak buah persatuan supaya kekalkan hubungan yang baik tidak mengira sesiapa. Ini adalah sangat penting, melalui hubungan-hubungan inilah dimana akan sgt berguna pada masa yang akan datang. Kita tidak mungkin dapat meramalkan bahawa sahabat yang duduk sebelah kita semasa di kuliah akan menjadi tokoh masyarakat pada masa yang akan datang. Gunalah platform universiti ini untuk cambahkan networking nercaya sangat berguna pada masa yang akan datang.

Komitmen yang tinggi, poin yang keempat ini amat signifikan dengan kerja-kerja yang hendak kita lakukan dan selesaikan. Penulis sendiri akui bahawa penulis mempunyai banyak kerja-kerja yang tertangguh tetapi sekadar nasihat dari seorang mahasiswa kepada mahasiswa yang lain supaya mahasiswa tersebut boleh di nasihati balik juga. Bila assignment perlu dihantar keesokan hari barulah bertungkus lumus siang malam menyiapkan kerja walaupun pada hakikatnya kerja itu telah diserahkan pada 2 ke 3 minggu yang lepas.

Saya begitu teruja apabila mendengar bagaimana akademik di luar negara lebih berdasarkan life long learning. Masalah utama negara kita ialah kita tidak mengamalkan konsep ini, mahasiswa kita hanya belajar sekadar untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Ini adalah satu konsep yang cukup salah kerana ini akan menyebabkan mahasiswa kita tidak mempunyai niat untuk mempelajari perkara yang berada di luar subjek. Pemikiran jenis ini akan membantutkan perkembangan idealisme negara kita. Life long learning ialah satu konsep dimana kita mempunyai jurnal sendiri dan kita kena merekodkan apa yang kita dapat dan jadikannya sebagai carian kita sendiri. Tiada coursework atau peperiksaan semester dan kita hanya dinilai mengikut apa yang kita kaji.

Poin-poin ini, penulis harap dapat dijadikan panduan bukan sahaja kepada pembaca malah penulis sendiri. Kita cuba memperbaiki diri sendiri dengan saling ingat-mengingati.

sekian,

Darren Lai
Presiden PEMKA UTMKL






Tuesday, July 13, 2010

selepas menyepi...

salam sejahtera salam satu malaysia..

sudah hampir sebulan blog ini tidak diupdate, bukan tiada isu cuma saya terlampau bz dengan pelbagai tanggungjawab sebagai pemimpin mahasiswa.. dari Kl ke sarawak dan sekembali dari sarawak, sibuk dengan mimggu transformasi mahasiswa (MTM).

rakan budaya utm@ sarawak banyak menggamit memori-memori indah, pengalaman-pengalaman manis serta pahit, pergaduhan persahabatan dan jalinan ukhwah yang teguh antara barisan presiden mahasiswa utm kl. satu kepuasan diri yang mutlak dapat dirasai apabila satu keceriaan dan semangat baru dapat ditiup masuk ke dalam jiwa anak-anak muda bangsa satu malaysia. mungkin benda ini telah menjadi sebahagian daripada diri saya.. saya akan berasa sangat seronok dapat membantu orang lain, muka ceria wajah2 anak muda melekat di hati.

di sarawak, saya tidak memegang apa-apa jawatan yang penting kerana saya baru sahaja sembuh dari kecederaan di kaki (patah).. ada yang kata saya ini degil, dah patah kaki tapi nak juga pergi ke sarawak.. nasib baik saya membuat keputusan yang betul.

seminggu kami tinggal di asrama smk paku, makan bersama pelajar, mandi dan tido juga bersama mereka, saya tidak pernah merasai suasana ini dimana saya telah menjadi sebahagian daripada mereka.. kebanyakan daripada mereka begitu teruja menyambut ketibaan kami mahasiswa utm kerana mereka tidak pernah expose kepada mahasiswa universiti..

kesanggupan mereka untuk terima ilmu tidak boleh dibandingkan dengan pelajar semenanjung, saya masih ingat satu insiden dimana pelajar ini sanggup menunggu utk para fasilitator dari kul 7 sehingga 1pagi semata-mata hendak bertanyakan satu soalan fizik. insiden ini betul2 membuka mata saya dan menukarkan pandangan sterotaip saya terhadap orang sarawak.

disiplin, ketaatan, kaya dengan budaya, ini merupakan perkataan2 yang saya rasa boleh disinifikasikan dengan orang sarawak.

setalh sarawak, terbang pula balik ke kl, seminggu persediaan utk MTM, seminggu lagi hari penuh dengan penat dan stress.. tidur pukul 2 bangun 5.. cabaran yang lebih hebat berbanding sarawak tetapi nasib baik badan saya dapat tahan.. walaupun dah mula sakit tetapi masih dapat meneruskan program sehingga selesai.

junior2 yang baru masuk baik2 belaka cuma saya berharap perkara ini dapat diteruskan sehingga habis pengajian...

Darren Lai
Presiden PEMKA
REVOLUSI MAHASISWA
minda revolusi, aspirasi mahasiswa