Monday, January 31, 2011

Pro ASPIRASI atau Pro MAHASISWA?

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Saban tahun bila tibanya musim pemilihan raya kampus, suara dua kumpulan mahasiswa ini jelas berkumandang di seluruh kampus bagi tujuan meraih undi. Kumpulan-kumpulan mahasiswa bertungkus lumus untuk berkempen serta menyebarkan ideologi kumpulan masing-masing atas agenda masing-masing.

Fahaman Politik

Tibanya musim PRK, mulalah kita kedengaran pelbagai fitnah, pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak yang saling menuduh antara satu sama lain. Ada kumpulan yang dilabelkan pro kerajaan, ada yang dilabelkan pro pembangkang tetapi kebenaran di sebalik penyataan ini hanyalah jelas diketahui oleh kedua kumpulan mahasiswa ini. Saya tertarik dengan satu artikel yang telah ditulis oleh sdr Hilman Idham, Presiden KAMI yang jelas menyatakan bahawa zaman ini, tidak lagi wujudnya istilah pro Aspirasi ataupun pro Mahasiswa Cuma istilah jentera Universiti serta jentera mahasiswa. Saya ingin menarik perhatian pembaca, jika wujudnya jentera Universiti, apakah signifikasi kewujudan kumpulan ini berdasarkan kehendak Universiti? Analoginya sama seperti seorang ibu atau bapa yang mahukan terbaik daripada anaknya. Ini cuma sekadar pendapat saya.

Panji Perjuangan

Bila kita duduk yang analisi pergerakan pro Aspirasi dan pro Mahasiswa, kita akan dapati bahawa kedua-dua kumpulan ini mempunyai agenda yang berteraskan perkara yang sama iaitu MAHASISWA. Hanya manusia yang mempunyai minda yang sempit akan cuba untuk menjurangkan lagi perbezaan dua kumpulan mahasiswa ini. Mengapa tidak kita melihat persamaan yang wujud yang bersama-sama kita berjuang atas dasar yang sama?

AUKU

Benarkah Akta Universiti dan Kolej Universiti membantutkan pergerakan mahasiswa? AUKU sendiri digubalkan untuk memastikan kelancaran Universiti tersebut. Negara ada peraturan sendiri, keluarga ada peraturan sendiri dan Universiti semestinya mempunyai peraturannya. Peraturan yang menyentuh mengenai mahasiswa tidak melebihi 10%. Jadi bagaimanakah AUKU ini mampu membantutkan pergerakan mahasiswa? Fasal 15 (a) (b) dan (c) melarang mahasiswa untuk menyertai atau menyokong mana-mana parti politik. Pernahkah terfikir mengapa fasal ini diperkenalkan? Bertujuan untuk membantu atau merosakkan mahasiswa. Marcapada ini kedengaran suara-suara bukan sahaja ahli politik biasa malah ahli kabinet yang meminta fasal ini digubal untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik. Adakah untuk kebaikan mahasiswa atau kepentingan POLITIK masing-masing? Renungkan..

Minda SEMPIT

Manusia akan mengulangi kesilapannya jika kita lupakan sejarah. Betul tetapi manusia tidak boleh meletakkan sejarah sebagai garis panduan kerana apa kesilapan sejarah harus kita betulkan dan memperbaharui supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bila mahasiswa berjuang kita selalu kaitkan dengan zaman kegemilangan mahasiswa, tetapi adakah kita mengetahui bahawa zaman itulah ramai mahasiswa yang terpaksa bungkus pulang ke kampung tanpa menggenggam segulung ijazah sebagaimana yang telah diharapkan oleh keluarga mereka. Jika mereka hebat berdebat, melontar idea dan menjadi suara masyarakat, mengapa mereka ini tidak kedengaran lagi hanya sekadar menjadi orang-orang di belakang. Dimana suara yang menyatakan mereka akan menjadi pemimpin masyarakat? Adakah mereka sudah hilang taringnya?

Saya tidak pernah melabelkan mana-mana kaum dalam post saya, tetapi fikirlah betapa ramai mahasiswa melayu yang tidak bergraduan, tidak bekerja dan masih merempat sekadar memberi ceramah. Adakah ini menjadi pelapis kepimpinan negara? Oh tidak sama sekali.

Adakah dengan melaungkan slogan-slogan dan membawa panji berunsur benci cukup untuk melengkapkan diri kita untuk menerajui kepimpinan negara? Adakah dengan ideolgi-ideologi yang dikatakan mampu membawa kebaikan bersama ini berguna? Tanpa segulung ijazah nescaya, masyarakat dunia memandang rendah pada kumpulan ini. Tanpa segulung ijazah, minda mahasiswa ini adalah SEMPIT.

MINDA REVOLUSI

Adakah dengan mahasiswa berminda sempit ini kita mampu mendokong ASPIRASI negara? Adakah dengan mahasiswa berminda sempit ini kita mampu memperjuangkan MAHASISWA? Tujuan utama kita menjejakkan kaki ke menara gading adalah sekurang-kurangnya kita bergraduasi memegang segulung ijazah. Bukan sahaja lantang tetapi bernas serta melontarkan ideologi yang mampu mengangkat martabat negara. Zaman ini bukanlah zaman untuk manusia yang hanya mampu turun ke jalan menunjuk perasaan tetapi ini merupakan zaman mahasiswa profesional duduk di meja berbincang serta menyelesaikan masalah bersama pimpinan negara.

Istilah BARBARIC ( tidak bertamadun) selalu digunakan oleh saya untuk dilabelkan kepada mahasiswa yang turun ke jalanan atau melakukan demonstrasi. Bagi saya sendiri, ini bukan sahaja tidak mencerminkan imej mahasiswa malah ini merosakkan akhlak serta pandangan masyarakat kepada mahasiswa yang dulunya digelar JURUCAKAP MASYARAKAT.

Demonstrasi jalanan bukan lagi satu alternatif yang patut digunakan oleh mahasiswa. Mahasiswa zaman ini lebih digalakkan untuk berjuang atas dasar profesionalisme yang mempunyai kepimpinan berpandu bukanlah menggunakan perasaan semata-mata. Kita bukan lagi berjuang atas ideologi realpolitik dimana matlamat menghalalkan cara. Penghimpunan haram tetap HARAM walaupun mahasiswa merupakan golongan yang baru belajar.

Kita seharusnya merevolusikan diri kita supaya tidak terjebak dengan aktiviti BARBARIC serta kita seharusnya membentuk diri kita supaya kekal kompetitif dengan saingan antarabangsa. Marilah kita bersama-sama merealisasikan gagasan 1 Malaysia 1 UTM | WE <3 UTM

Darren Lai

Tuesday, January 25, 2011

Going Global

salam sejahtera Salam 1 Malaysia

pada 25 januari 2011, saya telah menghadiri satu ceramah yang bertajuk Global Players, Malaysia is not our border oleh Tuan Sharif, Ketua Pegawai Esekutif Yayasan Pelajaran MARA.

Bagi saya, ada beberapa isu yang saya kurang bersependapat dengan beliau. Bagi saya, Malaysia sepatutnya mengekalkan think-tank atau golongan bijak pandai ini kekal dalam Malaysia.

Rasionalnya adalah, saban hari kita mengeksport golongan bijak pandai negara kita untuk bekerja di luar negara. dari segi pengalaman, perkara ini amatlah membantu golongan bijak pandai ini untuk berkembang serta membina kerjaya yang cemerlang di luar negara tetapi secara negatifnya, negara kita semakin hari semakin kurang golongan ini untuk membantu memajukan negara.

Bagi saya, golongan ini mungkin melihat faktor kewangan sebagai pendorong utama untuk mereka berhijrah ke negara luar negara. Sekadar pandangan sahaja.

sekian..

Darren Lai

Monday, January 24, 2011

Belajar ikut undang-undang


Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia,

Saya amat tertarik dengan penyataan seorang sahabat saya, mahasiswa merupakan salah seorang individu yang berada dalam proses pembelajaran dimana terdapatnya ruang untuk melakukan kesalahan. Sememangnya betul saya sangat setuju dengan penyataan itu tetapi sebagai seorang mahasiswa kita perlu sedar mana baik dan buruknya satu-satu tindakan. Sekiranya tindakan kita mendatangkan kemudaratan dan melanggar undang-undang yang sedia ada, saya percaya mahasiswa yang mempunyai akal yang sempurna dapat menghindari daripada perkara-perkara negatif diatas.

Bagi saya, demonstrasi bukan cara yang terbaik untuk mahasiswa meluahkan apa perasaan mereka. Adakah dengan cara berarak di jalan menunjukkan seorang yang terpelajar? Adakah dengan menjerit di jalanan menunjukan orang akaemia? bagi saya secara peribadi ini adalah satu tindakan BABARIC. Satu tindakan yang tidak mencerminkan keperibadian seorang mahasiswa.

Bagi saya sendiri, banyak benda boleh diselesaikan diatas meja bulat. Duduk dan bincang sebaik mungkin, saya menafikan sesetangah pihak yang menyatakan suara mahasiswa tidak didengari. dari segi pimpinan mahasiswa sendiri, Majlis Perwakilan Mahasiswa mempunyai akses terus ke kepimpinan negara melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional. MPM sendiri mempunyai akses dalam mesyuarat-mesyuarat penting dalam Universiti. Bilanya suara tidak didengari?

Ada yang menyatakan kerajaan mengikat mahasiswa dengan memperkenalkan AUKU. Adakah mahasiswa ingin menyertai politik? adakah itu dikatakan tidak mendengar suara mahasiswa? saya cabar mahasiswa yang membuat penyataan tersebut kemukakan fakta nombor berapa ramai mahasiswa yang ingin menyertai parti politik? Kesedaran politik itu adalah penting tetapi jangan lupa tanggungjawab utama mahasiswa ke Universiti iaitu pencapaian akademik. Apakah nasihat ibu bapa anda bila melangkah masuk ke dalam kampus? adakah mereka menyuruh ada untuk berdemonstrasi bila tidak puas hati? renungkanlah

Mahasiswa sepatutnya mempunyai kesedaran politik tetapi penglibatan kita sepatutnya berhati-hati. Jangan lupa tanggungjawab utama kita di kampus. jangan sehingga kita menjadi sesetengah mahasiswa yang terlalu mengejarkan 'kesedaran' sehingganya terabaikan pelajaran dan terpaksa extend.

Darren Lai