Monday, January 31, 2011

Pro ASPIRASI atau Pro MAHASISWA?

Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia

Saban tahun bila tibanya musim pemilihan raya kampus, suara dua kumpulan mahasiswa ini jelas berkumandang di seluruh kampus bagi tujuan meraih undi. Kumpulan-kumpulan mahasiswa bertungkus lumus untuk berkempen serta menyebarkan ideologi kumpulan masing-masing atas agenda masing-masing.

Fahaman Politik

Tibanya musim PRK, mulalah kita kedengaran pelbagai fitnah, pelbagai tohmahan yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak yang saling menuduh antara satu sama lain. Ada kumpulan yang dilabelkan pro kerajaan, ada yang dilabelkan pro pembangkang tetapi kebenaran di sebalik penyataan ini hanyalah jelas diketahui oleh kedua kumpulan mahasiswa ini. Saya tertarik dengan satu artikel yang telah ditulis oleh sdr Hilman Idham, Presiden KAMI yang jelas menyatakan bahawa zaman ini, tidak lagi wujudnya istilah pro Aspirasi ataupun pro Mahasiswa Cuma istilah jentera Universiti serta jentera mahasiswa. Saya ingin menarik perhatian pembaca, jika wujudnya jentera Universiti, apakah signifikasi kewujudan kumpulan ini berdasarkan kehendak Universiti? Analoginya sama seperti seorang ibu atau bapa yang mahukan terbaik daripada anaknya. Ini cuma sekadar pendapat saya.

Panji Perjuangan

Bila kita duduk yang analisi pergerakan pro Aspirasi dan pro Mahasiswa, kita akan dapati bahawa kedua-dua kumpulan ini mempunyai agenda yang berteraskan perkara yang sama iaitu MAHASISWA. Hanya manusia yang mempunyai minda yang sempit akan cuba untuk menjurangkan lagi perbezaan dua kumpulan mahasiswa ini. Mengapa tidak kita melihat persamaan yang wujud yang bersama-sama kita berjuang atas dasar yang sama?

AUKU

Benarkah Akta Universiti dan Kolej Universiti membantutkan pergerakan mahasiswa? AUKU sendiri digubalkan untuk memastikan kelancaran Universiti tersebut. Negara ada peraturan sendiri, keluarga ada peraturan sendiri dan Universiti semestinya mempunyai peraturannya. Peraturan yang menyentuh mengenai mahasiswa tidak melebihi 10%. Jadi bagaimanakah AUKU ini mampu membantutkan pergerakan mahasiswa? Fasal 15 (a) (b) dan (c) melarang mahasiswa untuk menyertai atau menyokong mana-mana parti politik. Pernahkah terfikir mengapa fasal ini diperkenalkan? Bertujuan untuk membantu atau merosakkan mahasiswa. Marcapada ini kedengaran suara-suara bukan sahaja ahli politik biasa malah ahli kabinet yang meminta fasal ini digubal untuk membolehkan mahasiswa menyertai parti politik. Adakah untuk kebaikan mahasiswa atau kepentingan POLITIK masing-masing? Renungkan..

Minda SEMPIT

Manusia akan mengulangi kesilapannya jika kita lupakan sejarah. Betul tetapi manusia tidak boleh meletakkan sejarah sebagai garis panduan kerana apa kesilapan sejarah harus kita betulkan dan memperbaharui supaya kita tidak mengulangi kesalahan yang sama. Bila mahasiswa berjuang kita selalu kaitkan dengan zaman kegemilangan mahasiswa, tetapi adakah kita mengetahui bahawa zaman itulah ramai mahasiswa yang terpaksa bungkus pulang ke kampung tanpa menggenggam segulung ijazah sebagaimana yang telah diharapkan oleh keluarga mereka. Jika mereka hebat berdebat, melontar idea dan menjadi suara masyarakat, mengapa mereka ini tidak kedengaran lagi hanya sekadar menjadi orang-orang di belakang. Dimana suara yang menyatakan mereka akan menjadi pemimpin masyarakat? Adakah mereka sudah hilang taringnya?

Saya tidak pernah melabelkan mana-mana kaum dalam post saya, tetapi fikirlah betapa ramai mahasiswa melayu yang tidak bergraduan, tidak bekerja dan masih merempat sekadar memberi ceramah. Adakah ini menjadi pelapis kepimpinan negara? Oh tidak sama sekali.

Adakah dengan melaungkan slogan-slogan dan membawa panji berunsur benci cukup untuk melengkapkan diri kita untuk menerajui kepimpinan negara? Adakah dengan ideolgi-ideologi yang dikatakan mampu membawa kebaikan bersama ini berguna? Tanpa segulung ijazah nescaya, masyarakat dunia memandang rendah pada kumpulan ini. Tanpa segulung ijazah, minda mahasiswa ini adalah SEMPIT.

MINDA REVOLUSI

Adakah dengan mahasiswa berminda sempit ini kita mampu mendokong ASPIRASI negara? Adakah dengan mahasiswa berminda sempit ini kita mampu memperjuangkan MAHASISWA? Tujuan utama kita menjejakkan kaki ke menara gading adalah sekurang-kurangnya kita bergraduasi memegang segulung ijazah. Bukan sahaja lantang tetapi bernas serta melontarkan ideologi yang mampu mengangkat martabat negara. Zaman ini bukanlah zaman untuk manusia yang hanya mampu turun ke jalan menunjuk perasaan tetapi ini merupakan zaman mahasiswa profesional duduk di meja berbincang serta menyelesaikan masalah bersama pimpinan negara.

Istilah BARBARIC ( tidak bertamadun) selalu digunakan oleh saya untuk dilabelkan kepada mahasiswa yang turun ke jalanan atau melakukan demonstrasi. Bagi saya sendiri, ini bukan sahaja tidak mencerminkan imej mahasiswa malah ini merosakkan akhlak serta pandangan masyarakat kepada mahasiswa yang dulunya digelar JURUCAKAP MASYARAKAT.

Demonstrasi jalanan bukan lagi satu alternatif yang patut digunakan oleh mahasiswa. Mahasiswa zaman ini lebih digalakkan untuk berjuang atas dasar profesionalisme yang mempunyai kepimpinan berpandu bukanlah menggunakan perasaan semata-mata. Kita bukan lagi berjuang atas ideologi realpolitik dimana matlamat menghalalkan cara. Penghimpunan haram tetap HARAM walaupun mahasiswa merupakan golongan yang baru belajar.

Kita seharusnya merevolusikan diri kita supaya tidak terjebak dengan aktiviti BARBARIC serta kita seharusnya membentuk diri kita supaya kekal kompetitif dengan saingan antarabangsa. Marilah kita bersama-sama merealisasikan gagasan 1 Malaysia 1 UTM | WE <3 UTM

Darren Lai

1 comment:

  1. Ada yg saya SETUJU & ada yang saya KURANG SETUJU...

    Pertamanya, sampai sekrang tiada bukti atau fakta yang menyatakan bahawa ramai mahasiswa bungkus pulang ke rumah disebabkan politik kampus...ketika zaman kegemilangan mahasiswa dahulu...(ma...ybe saya ada terlepas pandang dari mana-mana artikel atau buku), sekiranya Encik DARREN boleh kasi linknya ka atau tajuk buku serta penulisnya ka, bolehlah juga kita inform pada mahasiswa tentang keburukan dalam POLITIK KAMPUS.

    Kedua, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa supaya lebih memilih KREDIBILITI & KEPIMPINAN seseorang calon MPP itu sendiri dari memilih kehebatan parti2 tertentu... Kerana tidak kiralah dia dari pihak mana, tetapi sekiranya dia berkelayakan utk kita memberi undi padanya, maka lebih baik kita mengundi berdasarkan KREDIBILITNYA seseorang calon itu.

    Ketiganya, istilah berPARTI ini sememangnya mengajar kita di kampus sebelum kita melangkah ke dunia realiti sebagai masyaarakat awam, tetapi kita sebagai orang yang berPENDIDIKAN, janganlah terlalu berMINDA SEMPIT untuk merancuni mahasiswa yang lain untuk menyokong calon hanya berdasarkan PARTI dan bukannya KEKUATAN calon itu sendiri.

    Kesimpulannya, mahasiswa semua perlu berfikir dan tidak hanya mengikuti apa sebenarnya pendapat dari sebelah pihak, sepatutnya mahasiswa mendengar kedua-dua pihak apa sebenarnya yang mereka ingin lemparkan, barulah mahasiswa akan BUKA MATA untuk melihat mengenai PRO & CONS dalam POLITIK KAMPUS ini...

    Wallahua'lam...
    -WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH-

    ReplyDelete