Thursday, September 16, 2010

Majikan VS orang gaji


Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Kebanyakan kita semua bekerja makan gaji dan bermakna kita juga ada majikan atau bos atau orang atasan kita...Jadi saya nak tanya soalan-soalan berikut dan anda jawab sendiri yer:-

a) Anda dimarah dengan cara ditengking dan diherdik dengan perkataan2 seperti bodoh, bongok dan sebagainya dan lebih parah anda diketuk kepala setiap kali anda melakukan kesilapan...

b) Anda dipaksa bekerja setiap hari dari pagi sampai malam tanpa satu hari pun cuti atau off day...

c) Bila ada jamuan, bos makan sedap2 tapi anda cuma diberi sisa2 atau lauk lain...

d) Bila berjalan, bos anda pakai baju cantik2 tapi anda cuma pakai baju duduk rumah...

e) Bila anak bos anda datang dia juga dengan sesuka hati memarahi dan menengking anda...

Jika jawapan anda ialah TIDAK (melainkan anda ni telinga kuali atau muka tembok sanggup diperlakukan apa sahaja) begitu juga perasaan pembantu rumah anda...

Pembantu rumah juga adalah manusia yang punya hati, perasaan, harga diri dan maruah waalupun rata2 mereka tidak berpendidikan tinggi....jadi kenapa kita harus layan mereka seperti diatas....sekarang saya akan tunjukan sedikit panduan bagaimana perana anda sebagai majikan dalam menguruskan pembantu rumah anda...

a) Jika anda ingin menyuruh pembantu rumah anda melakukan sesuatu kerja tak perlu dengan suara yang tinggi..cukup dengan memberikan arahan yang jelas dan jika pembantu rumah anda masih baru..tunjukan sedikit cara yang anda mahu supaya pembantu rumah anda tidak melakukan kesilapan....tambahan pula walaupun bahasa indonesia dan bahasa malaysia punya persamaan tapi ada juga perkataan bahasa malaysia yang mereka tidak paham....galakan pembantu rumah anda untuk bertanya denga anda apa jua perkara yang mereka tidak pasti supaya tidaklah berlaku kesilapan..

b) Pembantu rumah bukan robot...malah robot pun sampai masa perlu maintenance atau akan rosak setelah berulang kali digunakan....Maksud saya di sini ialah pembantu rumah juga memerlukan rehat kerana mereka ni bekerja seawal jam 6 pagi menyiapkan anak anda dan sarapan untuk keluarga anda dan mereka akan berhenti rehat jika anda sekeluarga dah masuk tiur...biasa sekitar 10 malam....

Kita bila kerja lebih masa dah nak minta claim duit overtime...tapi pembantu rumah kita mana ada kita bayar overtime...kita pulak kerja sekrang sabtu dan ahad mesti nak off day atau rest day tapi pembantu rumah kita bekerja 7 hari seminggu dan lebih dari 8 jam sehari....Dan yang nyata gaji diorang terima adalah sama iatu sekitar RM400 hingga RM500...

Apa yang saya nak nyatakan...Pembantu rumah juga adlah manusia....ada masa mereka juga penat, ada masa mereka emosi (terutama bila datang bulan, maklumlah perempuan), ada masa mereka ingin meluangkan masa sendiri....Jadi anda sebagai majikan, saya sarankan berikan pembantu rumah anda cuti sekali sekala...tanya dia mana dia nak pergi...biasanya diorang ni mesti ada kekawan atau sedara mara kat Malaysia ni....hantar mereka dan biarkan mereka bercuti dalam sehari dua....anda akan terkejut bila mereka balik dari cuti anda akan lihat bagaimana bertenaga mereka ni dan sangat menghargai apa yang anda lakukan untuk mereka...

Lagi satu bila hari raya sedekahlah duit raya sikit pada pembantu rumah ni atau belikan sepsang baju raya...tak perlu mahal tapi cukup untuk menghiburkan hati sunyi diroang yang beraya jauh dari keluarga....dan hujung tahun bila dapat bonus apa salahnya anda bagi juga bonus pembantu rumah anda...ini secara tak langsung merasakan diri mereka dihargai dan membuatkan mereka lebih rajin untuk bekerja....

Banyak kes pembantu rumah lari, atau buat hal/perangai adalah kerana emosi mereka ni kadang kala terganggu...yerlah, dahlah jauh dari keluarga...tinggalkan anak atau suami jadi kita ni selain majikan dikira adalah kelaurga terdekat yang mereka ada...jadi jika kita pun layan mereka teruk dan terlalu berkira...agak2 anda jika anda ditempat mereka bagaimana perasaan anda...

Bila menyebut tentang kebajikan...kesihatan pembantu rumah ni kita kena harus sentiasa jaga...sebab kalau mereka jatuh sakit pertama kita yang akan susah sampai terpaksa ambik cuti dan berbagai masalah lain kedua...bila pergi hospital kerjaan sekali pun..cas mereka adalah mahal oleh kerana mereka bukan warganegara...jaid mencegah lebih baik dari menyusahkan diri...agak2 lain mcm jer...cepat2 bawak gi jumpa doktor atau kasi ubat....

c) Bila makan dirumah atau pun makan diluar...janganlah beza-bezakan apa yang kita makan dan apa yang pembantu rumah harus makan..

d) Bila kita berjalan....saya biasa melihat teruatama cina-cna yang ada pembantu rumah...kekadang kesian tengok pembantu rumah ni dengan pakai t-shirt lusuh, seluar tiga suku dan selipar Jepun...semua orang akan bila lalu akan memandang pembantu rumah tu...bayangkan perasaan malu pembantu rumah tu...

Maksud saya di sini, bukan suruh belikan baju yang nahal2 atau cantik-cantik...cukup sekadar presentable tak nampak macam oang miskin bila mereka keluar dengan kita....

e) Pembantu rumah kita biasanya lebih tua dari anak kita, jadi anda harus didik anak anda menghormati pembantu rumah ni macam orang tua...jadi jangan pula anak kita yang lebih-lebih marah pembantu rumah...secara tak langsung bila anak kita menghormati pembantu rumah, pembantu rumah ini sendiri akan sayang kat anak kita...dan mereka akan alayan anak kita macam anak mereka sendiri...Kalau sekarang anak anda dah biasa biadap dengan pembantu rumah...saya yakin mereka akan berani biadap dengan anda suatu hari nanti....

Ingat kita orang malaysia punya budi bahasa dan pekerti yang mulia.....apa yang saya sahrekan ni bukan mengagungkan pembantu rumah...tapi letak diri kita ditempat mereka....apa perasaan anda....kita juga bekerja begitu juga mereka....

Darren Lai
REVOLUSI MAHASISWA

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya to my muslim friends


I would like to wish all my muslim friends a very Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin

Monday, September 6, 2010

Program An-Najah




Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Pada 31 ogos yang lepas, Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Awam(PEMKA) telah mengorak langkah yang drastik selepas 3 tahun menyepi. Satu program Kebajikan bersama-sama Rumah Anak yatim An-Najah.

Program ini telah berjaya untuk menghubungkan PEMKA dengan dunia masyarakat seiiring dengan hasrat Universiti untuk berbakti pada masyarakat sekeliling. Program kali ini diketuai oleh Timbalan Presiden PEMKA sdr Khairul Azizi telah menarik perhatian banyak NGO termasuklah Akademi Nusantara. PEMKA juga berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama ahli Akademi Nusantara serta anak yatim An-Najah

Bagi penulis secara peribadi, hari kemerdekaan ini diisi dengan perkara yang penuh bermakna sekali. Semangat untuk berbakti kepada tanah air bukan sekadar melambaikan bendera semata-mata tetapi kali ini diisi dengan program penuh manfaat.

Semoga PEMKA akan terus berjaya dan kekal sebagai satu persatuan yang aktif.

Darren Lai
Presiden PEMKA

Sunday, September 5, 2010

Pemikiran Perkauman Yang Sempit


Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia

Adakah bangsa ini lebih hebat daripada bangsa ini ataupun bangsa ini lebih berintelek berbanding bangsa lain? Persoalan-persoalan ini sering kali wujud sekiranya terdapatnya perbalahan kaum. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Kerajaan? Parti Pembangkang? ataupun masyarakat sekitar kita?

Mengapa tidak jari ditudingkan kearah kita? Mengapa kita biarkan diri kita dipengaruhi oleh anasir-anasir perkauman yang sempit? Mengapa tidak kita berubah?

Hakikatnya ramai yang tidak membuka matanya, biarpun kita sedar pada realitinya kita adalah lebih kuat jika disatukan. Apa gunanya sekiranya kita dipecahbelahkan? Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa ada sebabnya mengapa sesetengah pihak mahu kita berpecah belah?

Terlampau banyak persoalan akan wujud sekiranya kita duduk termenung bersendirian, kenapa ini kenapa itu. Perubahan itu sebenarnya yang kita perlukan, CHANGE kita sebagai GENERASI Y perlu berfikir secara lebih rasional, berfikir lebih ke hadapan, bagaimana untuk wujudkan satu negara yang maju sekiranya negara kita berpecah belah. Doktrin2 yang sempit diwujudkan sebelum merdeka masih meresap beracun dalam jiwa masyarakat sekarang. Dasar pecah dan perintah masih lagi wujud. Kesannya jelas kelihatan, masyarakat cina masih tidak memahami adat melayu dan melayu tidak lagi memahami adat cina dan perkara yang sama terjadi antara semua kaum.

Kita sepatutnya lebih bersyukur kerana kepelbagaian kaum di Malaysia ini memberikan satu keunikkan yang hakiki yang keunikkan inilah yang sepatutnya digunakan sebagai satu dasar bersama demi kebajikan negara. Kenapa kita tidak mencari satu titik persamaan dan bergerak ke arah yang satu bukan duduk bertelagah antara satu sama lain

Negara kita sudah cukup dilukai dengan pelbagai insiden perkauman yang berdarah dan sempit. Adakah perkara ini memberikan lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif.

Mengapakah saya mengatakan pemikiran sempit, sebab orang yang melaga-lagakan isu perkauman ini kebiasaan tidak berfikiran secara rasional serta hanya melihat perkara pada satu pihak sahaja. Inilah yang menghasilkan rakyat yang hanya mementingkan ideologi yang bersifat kekabilahan serta berusaha untuk melagakan antara satu sama lain. Ideologi ini akan bersifat lebih behaya sekiranya diperturunkan kepada generasi akan datang.

Ideologi ini akan bersifat lebih bahaya kerana mampu berkembang dengan lebih besar dan lebih bahaya generasi demi generasi. Negara kita masih muda, baru sahaja 53 tahun cuba pembaca fikirkan apa yang akan terjadi dengan negara ini dalam 53 tahun lagi akan datang sekiranya masalah ini masih berlanjutan. Cuba anda renungkan..