Sunday, September 5, 2010

Pemikiran Perkauman Yang Sempit


Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia

Adakah bangsa ini lebih hebat daripada bangsa ini ataupun bangsa ini lebih berintelek berbanding bangsa lain? Persoalan-persoalan ini sering kali wujud sekiranya terdapatnya perbalahan kaum. Siapa yang harus dipertanggungjawabkan? Kerajaan? Parti Pembangkang? ataupun masyarakat sekitar kita?

Mengapa tidak jari ditudingkan kearah kita? Mengapa kita biarkan diri kita dipengaruhi oleh anasir-anasir perkauman yang sempit? Mengapa tidak kita berubah?

Hakikatnya ramai yang tidak membuka matanya, biarpun kita sedar pada realitinya kita adalah lebih kuat jika disatukan. Apa gunanya sekiranya kita dipecahbelahkan? Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa ada sebabnya mengapa sesetengah pihak mahu kita berpecah belah?

Terlampau banyak persoalan akan wujud sekiranya kita duduk termenung bersendirian, kenapa ini kenapa itu. Perubahan itu sebenarnya yang kita perlukan, CHANGE kita sebagai GENERASI Y perlu berfikir secara lebih rasional, berfikir lebih ke hadapan, bagaimana untuk wujudkan satu negara yang maju sekiranya negara kita berpecah belah. Doktrin2 yang sempit diwujudkan sebelum merdeka masih meresap beracun dalam jiwa masyarakat sekarang. Dasar pecah dan perintah masih lagi wujud. Kesannya jelas kelihatan, masyarakat cina masih tidak memahami adat melayu dan melayu tidak lagi memahami adat cina dan perkara yang sama terjadi antara semua kaum.

Kita sepatutnya lebih bersyukur kerana kepelbagaian kaum di Malaysia ini memberikan satu keunikkan yang hakiki yang keunikkan inilah yang sepatutnya digunakan sebagai satu dasar bersama demi kebajikan negara. Kenapa kita tidak mencari satu titik persamaan dan bergerak ke arah yang satu bukan duduk bertelagah antara satu sama lain

Negara kita sudah cukup dilukai dengan pelbagai insiden perkauman yang berdarah dan sempit. Adakah perkara ini memberikan lebih banyak kesan negatif berbanding kesan positif.

Mengapakah saya mengatakan pemikiran sempit, sebab orang yang melaga-lagakan isu perkauman ini kebiasaan tidak berfikiran secara rasional serta hanya melihat perkara pada satu pihak sahaja. Inilah yang menghasilkan rakyat yang hanya mementingkan ideologi yang bersifat kekabilahan serta berusaha untuk melagakan antara satu sama lain. Ideologi ini akan bersifat lebih behaya sekiranya diperturunkan kepada generasi akan datang.

Ideologi ini akan bersifat lebih bahaya kerana mampu berkembang dengan lebih besar dan lebih bahaya generasi demi generasi. Negara kita masih muda, baru sahaja 53 tahun cuba pembaca fikirkan apa yang akan terjadi dengan negara ini dalam 53 tahun lagi akan datang sekiranya masalah ini masih berlanjutan. Cuba anda renungkan..

1 comment: