Thursday, August 26, 2010

Diskusi Aspirasi







Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Pada 22 ogos 2010 yang lepas, Persatuan Pemimpin IPT ASPIRASI telah menganjurkan satu forum khas yang telah menyentuh mengenai satu isu dimana pada pandangan penulis satu isu yang taboo dan sentiasa berlengar-lengar dalam minda pemimpin mahasiswa iaitu 'mahasiswa dan politik kepartian'

Ahli panelnya terdiri daripada kalangan tokoh pendidikan dan tokoh kepimpinan mahasiswa, Mantan NC UITM (harimau malaya), Tun Faisal Ketua Biro Penerangan PEMUDA UMNO, Sdr Wafi YDP USM (jurucakap MPNM). Walaupun mereka hampir mempunyai hujah yang berpaksikan motif yang sama iaitu melarang mahasiswa untuk berpolitik kepartian, penulis beranggapkan bahawa hujah mereka adalah sangat wajar kerana sekiranya kita berfikirkan pro dan kontranya.

Hujah yang sangat dipersetujui oleh penulis adalah mengenai tujuan kita ke kampus. adakah kita datang menjejakkan kaki ke kampus dengan harapan untuk menjadi seorang ahli politik yang hebat ataupun seorang yang mampu mengangkat martabat keluarga dan negara. Kita tidak boleh membina satu negara yang maju sekiranya negara hanya menghasilkan ahli politik. mana perginya golongan teknokrat dan profesional lain. Kita lihat negara jiran kita singapura, menteri mereka sekurang-kurangnya mempunyai satu gulung master baru boleh bertanding dalam pilihanraya. cara inilah baru kita boleh membina satu negara yang maju dan hebat bukannya memilih pemimpin hanya pandai berhujah tetapi ilmunya tiada.

Penulis ingin mengajak pembaca untuk bayangkan apakah yang akan terjadi sekiranya tibanya masa untuk pilihanraya umum, semestinya mahasiswa yang berpolitik ini akan turun padang bagi membantu jentera pilihanraya. Bukankan itu sudah mengambil masa serta fokus pelajaran kepada perkara bukan tujuan kita di varsiti. renung-renungkanlah, penulis masih berpegang pada pendirian untuk berkata TIDAK pada mahasiswa dan politik kepartian.


Sekian

Darren Lai
REVOLUSI MAHASISWA
UTM

No comments:

Post a Comment