Friday, April 30, 2010

manusia atau binatang?




pernah atau tidak kamu duduk di sebuah warung tepi jalan, sambil nk order makanan tersebut kamu terlihat seekor ibu kucing duduk sambil menyusukan anaknya? pernah atau tidak anda melihat seekor anjing mencari makanan untuk diberikan kepada anaknya?
setelah makanan diberikan oleh kedua-dua binatang tersebut..
anak-anaknya dijilat dan dibelai dengan penuh kasih sayang.. dijaga dilindungi daripada mana-mana anasir-anasir yang dapat mengancam anak-anaknya..

itu baru kucing dan anjing.. pernah tak nampak babi bunuh anaknya???
tak pernahkan.. itulah realiti dalam kehidupan manusia..

bagaimana dengan manusia pula??

anak disayang dan dibalut dalam surat khabar..

anak dibelai dengan gigitan-gigitan semut..

diberikan ciuman oleh biawak tersayang..

betapa selesanya anak tersebut, senyum meninggalkan dunia tanpa mengenal erti hidup..

sanggupkan ibu tersebut??

sanggupkah ayah tersebut??

sanggupkah mereka disamakan dengan binatang-binatang tersebut?

layakkah mereka??

inikah yang dikatakan sebagai mentaliti kelas pertama? wahai sahabat-sahabat pembaca sekalian.. sekiranya benda ini tidah dibendung, natijahnya sangatlah besar.. semua benda yangg kami cipta bersama akan hancur di tangan mereka..

fikir dan terus fikir.. salahnya bukan pada mereka sahaja malah kepada kita..

kita tidak pandai menegur kawan kita..

kita ttidak pandai memberikan nasihat..

kita hanya mampu melihat bila perkara ini terjadi..

kita memainkan peranan penting, tunjukkan pada mereka bahawa kami prihatin

bendung masalah ini sebelum berlanjutan!!! we can do it

Darren Lai Chai En
Presiden Mahasiswa Kejuruteraan Awam
PEMKA UTMKL
'minda revolusi, aspirasi mahasiswa'

2 comments: