Friday, April 30, 2010

minda REVOLUSI

marcapada ini, apabila kita melihat pada mentaliti rakyat kita yang lebih cenderung untuk mengharapkan bantuan daripada kerajaan.. kita akan mula berfikir kembali. bila keistimewaan ini akan berhenti.. manusia tidak akan berjaya sekiranya selalu berada dalam zon yang selesa. subsidi berlebihan hanya akan membantutkan usaha kerajaan untuk menggunakan duit yang diperuntukan bagi membangunkan negara. para pembaca sekalian.. saya ingin menarik perhatian semua kepada beberapa perkara penting.. kerajaan memberikan subsidi untuk mengurangkan gula. keselesaan harga gula dirasai bukan sahaja kepada rakyat malah kilang-kilang yang menggunakan gula untuk produk mereka. rakyat hanya menggunakan beberapa kilogram dalam sebulan tapi kilang-kilang ini menggunakan bertan-tan gula dalam masa sehari. duit dialirkan kepada 'target group yang salah'

jadi bagi membendung masalah ini, model ekonomi baru MEB telah mensasarkan RAKYAT BERPENDAPATAN TINGGI. melalui target point ini, duit dapat disalirkan kepada target group yang betul. subsidi ditarik balik akan menyebabkan harga barangan meningkat tetapi rakyat akan mampu membayarnya dengan kadar gaji yang tinggi..

dengan ini, duit yang dibazirkan akan digunakan untuk tujuan pembangunan. bukankah itu sepatutnya dilaksanakan.. kita perlu berfikir..

minda revolusi.. satu cara pemikiran yang lain daripada pemikiran yang didokong oleh rakyat malaysia sekarang. minda yang lebih maju seiiring dengan pembangunan negara tercinta. dasar-dasar negara perlu dikaji sebaik mungkin demi kepentingan bersama bukan hanya mendengar segelintir pihak yang hanya inginkan publisiti murahan.. kuatkan minda kita.. latihkan minda kita untuk berfikiran kritis dan kreatif dimana dibekalkan dengan ilmu-ilmu untuk menguatkan daya pemikiran serta mampu berfikir pada tahap yang lebih tinggi

para pembaca sekalian, membaca merupakan perkara yang paling penting, tanpa membaca bangsa 1 Malaysia tidak kemana. hanya bangsa yang membaca merupakan bangsa yang berjaya.. akan saya terangkan dengan lebih lanjut dalam post sy akan datang.

Darren Lai Chai En
Presiden PEMKA UTMKL
minda revolusi aspirasi mahasiswa

No comments:

Post a Comment