Sunday, May 2, 2010

mari mari kita kacau-kacau


salam 1 Malaysia

pernah atau tak para pembaca buat kek atau kuih-muih masa dekat-dekat dengan raya mahupun tahun baru???

haa.. di sini ada procedure yang saya rasa sangat berguna

mula sekali kita mesti ada telur, gula, tepung, air, icing sikit, beras coklat(ala yang warna warni tu)

gunakan tepung dan tambahkan sedikit air... apa jadi?? jadi macam tanah liat yang kita main masa kecil-kecil kan.. cukup ke kalau nk buat kek guna acuan sebegitu.. tidak cukup lagi..

tambahkan lagi dengan telur dan gaulkan secukup rasa... bunyi sudah macam sedap tapi adalah tidak cukup lagi para pembaca..

tambah gula untuk maniskan kek kita then barulah kita masukkan ke dalam oven dan masakkan..

dah keluarkan.. boleh ke makan sebegitu?? tidak ccukup lagi.. tambahkan icing supaya nampak menarik... mmmm yang tulis ini pun dah melelehkan air liur

sedap memang sedap... tapi pernahkah anda terfikir??

tepung datanganya daripada gandum di sawah.. jauh bezanya dengan telur ayam yang ada di reban..

gula lagi la jauh, datang daripada estrak tebu..

tp..

bila dicampurkan sekali semua, bukan sahaja cantik malah sedap dimakan..

menjadi satu adunan yang begitu sempurna...

menjadi satu kek...

para pembaca, tujuan saya bukan hendak mengajar membuat kek.. kelainan itulah yang menjadi keistimewaan kita.. jika kita sering bertelagah antara satuu sama lain, sampai bila baru kita dapat lihat...

kek yang sempurna... renungkanlah

No comments:

Post a Comment