Sunday, May 16, 2010

Pemikiran Politik Sempit


Salam 1 Malaysia

apabila kita menyentuh mengenai politik, ramai mahasiswa marcapada ini akan berpaling arah, alasan tidak minat, tiada kaitan dengan saya, biarlah mereka syok sendiri. Pelbagai jawapan lagi yang akan kita perolehi jika kita tanya kebanyakan mahasiswa di IPT sekarang.

Adakah ini yang dimaksudkan dengan istilah mahasiswa lesu?

bagi pendapat penulis sendiri, kurangnya perhatian mahupun minat mahasiswa adalah berpunca daripada kesempitan atau pendekatan yang dilaksanakan oleh parti parti politik pada zaman sekarang.

Sesetengah Parti politik pada zaman sekarang lebih suka menonjolkan kegilaan dalam perebutan kuasa serta menggunakan kaedah caci-mencaci antara satu sama lain. Ini telah mewujudkan satu pemikiran yang sterotaip dikalangan mahasiswa dimana ada yang berfikiran perkara ini adalah terlalu rumit dan perebutan ini tiada langsung berkaitan dengan diri mereka.

Ini mendorong minat mereka kepada perkara-perkara yang lebih ringkas dan senang. Hiburan, program-program realiti dimana mempunyai efek yang merangsang keghairahan mahasiswa dan mereka tidak perlu berfikir banyak. Hanya perlu risau siapa yang akan mengambil beg dan pulang pada minggu tersebut.

Perkara ini lebih senang dan menghiburkan berbanding perkembangan politik negara. Secara logiknya, mahasiswa akan memilih hiburan.

Cuba para pembaca bayangkan sekiranya arena politik negara ini merupakan satu medan yang benar-benarnya memperjuangkan hak rakyat dan mempromosikan kesanggupan untuk berjuang demi rakyat. Selain itu pendekatan yang lebih mesra dapat merapatkan lagi jurang antara pemimpin dengan para mahasiswa. Ini dapat menarik balik perhatian para mahasiswa untuk mengikuti perkembangan negara.


Perjuangan untuk rakyat tidak boleh dinilai melalui semangat kepartian, siapa yang hebat dan berkaliber dialah yang sepatutnya ditonjolkan menjadi suara rakyat. Bukan mengikut populariti semata-mata. Parti pula sepatutnya berusaha sebagai satu kumpulan mencari orang-orang yang mampu menjadi suara rakyat. Bukanlah mengikut konsep siapa popular ataupun mempunyai duit. Konsep-konsep yang sesat inilah yang telah menjadikan satu faktor pembantut kepada ramai mahasiswa negara kita untuk tidak bercederung dalam mengikuti politik negara kita.


Perkara-perkara ini seharusnya dijadikan pedoman bagi semua pemimpin-pemimpin muda supaya tidak mengulangi satu 'kesilapan' ini supaya semua golongan tanpa mengira umur dapat memberikan satu kerjasama yang erat bagi memajukan negara Malaysia ini seterusnya merealisasikan wawasan 2020 dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.


Darren Lai

Revolusi Mahasiswa


No comments:

Post a Comment