Friday, May 21, 2010

kes mahasiswa UKM

KUALA LUMPUR, 21 Mei: Ekoran pendakwaan ke atas empat pelajar oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atas tuduhan terlibat dengan kepen PRK Hulu Selangor, 29 badan bukan kerajaan NGO hari ini turut melahirkan bantahan.

Antara mereka yang menyatakan bantahan ini termasuk Pemuda Dewan Perhimpunan China Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH), Jaringan Rakyat Tertindas ( Jerit ), Centre for Independent Journalism (CIJ), Malaysia Youth and Students Democratic Movement (DEMA), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Center for Orang Asli Concerns dan Suara rakyat malaysia (SUARAM).

"Kami berpendapat bahawa tindakan pendakwaan pihak UKM tersebut adalah tidak munasabah dan telah mencabuli hak asasi dan kebebasan pelajar-palajar.

"Pelajar-pelajar universiti bukan sahaja harus mempunyai hak mengundi dan juga harus mempunyai hak dalam politik praktis serta hak dalam pembuatan dasar polisi Negara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia," kata mereka dalam satu kenyataan bersama diketuai Pemuda (KLSCAH), Ng Chong Soon.

Selain itu katanya, tindakan pihak UKM turut akan mengancam peranan pelajar sebagai tulang belakang kemajuan dan pembangunan negara.

Beliau berpendapat pihak universiti tidak harus menyekat pemikiran dan kebebasan pelajar.

Tindakan UKM itu juga katanya secara jelas bercanggah dengan Piagam Hak-hak Asasi Manusia Sedunia (UDHR).

Empat pelajar UKM yang didakwa di bawah AUKU ialah Ismail Aminuddin, Hilman Idham, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.

Kesemua mereka merupakan Ahli Majlis Tertinggi Kelab Mahasiswa Sains Politik UKM.

Mereka dituduh terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor yang lalu dan akan didakwa di bawah Seksyen 15(5)(A) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) kerana menyatakan sokongan atau bersimpati dengan parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Kesemua mereka dikehendaki menghadiri perbicaraan di Mahkamah UKM pada 2 Jun dan 3 Jun ini.

Berikut adalah NGO yang turut menyatakan bantahan:

1. Persatuan Hokkien Ulu Langat

2. Persatuan Sentul Chung Mun Alumni Kuala Lumpur

3. Persatuan Murid-murid Tua Sekolah Kuen Cheng K.L

4. Young Malaysia Movement ( YMM )

5. Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS)

6. Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan, Malaysia

7. Bahagian Pemuda Persatuan Teo Chew Selangor & K.L

8. Civil Society Committe of LLG Cultural Devolopment Centre

9. Persatuan Siswazah Lihua K.L & Selangor

10. Student Progressive Front University Utara Malaysia (SPF UUM)

11. Student Progressive Front Universiti Sains Malaysia (SPF USM)

12. Student Progressive Front New Era College (SPF NEC)

13. Gerakan Maju Mahasiswa University Putra Malaysia (GMM UPM)

14. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

15. KLSCAH-CRC (KLSCAH, Civil Rights Committee)

16. S.E.R.U (Student Reserve Unit)

17. Bahagian Pemuda Persatuan Murid-murid Tua Sek. Serdang Bharu

18. Pengerak Belia zon 23,Mpsj

19. PeBT Zon 17 MPAJ

20. Bahagian Pemuda Persatuan Wui Leng Selangor & K.L

21. The Selangor Yan Keng Benevolent Dramatic Assn.

22. Persatuan Peniaga Ubat Cina W/P & Selangor

No comments:

Post a Comment