Wednesday, May 5, 2010

mahasiswa teori VS mahasiswa praktikal


salam satu malaysia,

satu feonomena yang bukan lagi asing bagi mahasiswa-mahasiswa yang menuntut di ipt
mengapa saya berkata sedemikian?
kitadapat melihat bahawa terdapat dua jenis golongan mahasiswa di IPT

satu, mahasiswa yang hanya mementingkan akademik serta masa-masa terluang diisikan dengan keseronokan bersama teman..

dua, mahasiswa mengejar program serta aktif dalam persatuan tetapi akademik hanya atas pagar sahaja..

dalam buku mengangkasa pengajian tinggi, zaini ujang 2008

beliau ada menyebut bahawa pada masa kini, universiti hanya menfokuskan pada menghasilkan modal insan bagi menampung keperluan industri dimana mahasiswa adalah dibentuk ikut keperluan bukan ikut niat akademik yang asal iaitu menghasilkan insan yang pakar dalam skop yang lebih luas.

konsep utama universiti adalah untuk membentuk satu insan yang gemarkan ilmu pengetahuan itu sendiri dimana insan itu akan cuba sedaya upaya untuk melengkapkan diri dengan pelbagai keperluan yang dirasakan perlu bukan berdasarkan keperluan industri..

dengan cara sebegini insan tersebut akan lebih menghargai ilmu, dan tidak berhenti dimana dirasakan perlunya oleh industri.

mahasiswa yang mengejar pointer 4 flat hanya mementingkan apa yang diperlukan oleh industri, cuba sedaya upaya untuk memenuhi tuntutan syarat-syarat yang telah ditetapkan, walaubagaimanapun mereka tidak mempunyai softskills yang hanya boleh diperolehi melalui kegiatan persatuan.

apabila mahasiswa golongan ini masuk ke industri, mereka menghadapi masalah dalam memngeluarkan idea-idea kerana mereka di bangku unversiti. ini adalah kerana mereka hanya menghafal teori-teori yang ada tanpa mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif apabila menghadapi halangan dalam pekerjaan.

satu situasi yang agak berlainan jika dibandingkan dengan mahasiswa yang aktif berpersatuan. mereka mempunyai thinking skill yang baik dan telah adaptasi kepada suasana bekerja cuma akademik tidak mencapai keputusan 'flying colours'

kedua-dua situasi ini akan memberikan impak yang positif dan negatif, jarang mempunyai mahasiswa yang cemerlang dalam kedua-dua bidang.

para pembaca sekalian, kita sebagai mahasiswa perlu menilai secara menyeluruh, ilmu adalah untuk dihargai bukan dipelajari. ilmu bukan sahaja wujud dalam buku-buku serta kuliah malah juga terdapat dalam kegiatan-kegiatan luar kuliah. kita sepatutnya mengimbangkan antara kedua-dua situasi bagi menghasilkan modal insan yang betul-betul mampu membangunankan negara.

sekian

Darren Lai Chai En
Presiden PEMKA 09/10
minda revolusi aspirasi mahasiswa

No comments:

Post a Comment