Saturday, November 13, 2010

duit, duit, duit


salam sejahtera, salam 1 Malaysia

Bila cakap pasal duit, semestinya mahasiswa masa musim penghujung semester ini mengeluh panjang. PTPTN dah hampir licin, kena ikat perut, cari MANBO dah xde, alamatnya belilah roti kosong ngan bun sweetie sebagai ritual tahunan iaitu 'ikat perut'.

Tapi senario ini cukup berbeza apabila masuknya semester baru, masuk je duit dalam akaun.. berbelanja sakan.. gf dapat baju baru, bf dapat beg baru, yang peliknya ibu bapa tidak dapat merasai habuannya. Mahasiswa berbelanja siang dan malam, habis kelas terus ke wangsawalk.. boling, karok movie.. dunia berputar begitu indah sekali. Mahasiswa tidak pernah sedar walaupun pengajaran demi pengajaran, semester demi semester perkara ini masih berlaku.

Pernah tertanya ataupun tidak, mengapa masalah ini kian berulang? Ada yang akan jawab, pengaruh kawan, ada yang akan cakap suasana sekeliling dengan wangsawalk tersergam indah ataupun KLCC yang paling dekat, paling kurang pun, KL semua benda mahal. Alasan demi alasan mahasiswa berikan tetapi pernahkah mahasiswa duduk berfikir, tanya diri sendiri. Mana letaknya salah saya? Mungkin saya boleh kurang belanja topup, mungkin saya boleh kurang jalan-jalan, mungkin saya boleh kurang berlagak dengan kasut serta baju jenama adidas? banyak lagi sebenarnya kemungkinan yang mahasiswa sendiri tidak salahkan diri sendiri. Penulis sendiri ada mempunyai kawan sebegitu, walaupun duit tinggal tidak banyak masih sanggup topupkan gf, sendiri kena ikat perut, berbaloikah? bukannya pasti gf itu akan menjadi isteri anda, perlu ke pengorbanan itu. Penulis sendiri pernah bercinta, jujur dari hati.. tidak berbaloi la brader.

Penulis sarankan kepada mahasiswa, semester depan ada lagi, jadikan ini sebagai pedoman sepanjang hidup bukan sahaja kehidupan di kampus sahaja, rancang sebaik-baiknya penggunaan duit, yang tidak perlu jangan bazirkan, anda masih seorang MAHASISWA

Sekian

Darren Lai
Presiden PEMKA UTMKL

2 comments:

  1. baek single...blanja tuk diri sndiri...lg berbaloi...hahaha...yg pnting aq suka duit...saspe xsuka kn...????

    ReplyDelete