Wednesday, November 24, 2010

Erti perjuangan


salam sejahtera, salam 1 Malaysia


Topik kali ini agak menarik bagi penulis kerana penulis ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai erti perjuangan. Bila disebutkan perjuangan, semestinya istilah ini banyak menggamit memori-memori indah dan buruk sepanjang penulis berada di kampus. Daripada diugut hinggalah dihalau tidak pernah menggentarkan penulis. Mungkin disebabkan penulis mempunyai mentor-mentor yang hebat kerana penulis sendiri akui penulis bukannya sempurna. Semester depan semester terakhir penulis di kampus UTM Kl, banyak kenangan akan terpahat dalam sanubari penulis.


Pertama kali menjejakkan kaki ke UTM KL menimbulkan perasaan kagum dan sedih dicampur gaulkan. Kagum kerana berjaya duduk di kerusi kuliah yang sama dengan ayah saya dan menuntut ilmu di menara gading. Sedih melihat kawan-kawan rapat yang ke luar negara untuk sambung pembelajaran. Bagi penulis inilah azam baru bagi memantapkan diri walaupun tidak bergelar graduan luar negara. Malam pertama di kolej sambil memandang ke arah siling memikirkan masa depan. Bagaimanakah hidup saya kelak? Apa yang akan saya dapat? Siapakah yang akan saya jadi?

Apa yang sebenarnya saya cuba sampaikan bukanlah pembaca perlu bertindak sebagaimana penulis bertindak cuma kita perlu sedar apa tujuan kita ke kampus. Untuk menuntut ilmu dan melengkapkan diri atau semata-mata untuk memenuhi harapan ibu bapa. Perjuangan mempunyai skop yang cukup luas. Bukan tertakluk pada perjuangan isu malah tertakluk kepada perjuangan untuk diri sendiri.

Apa yang akan penulis cuba tekankan adalah perjuangan diri. Cuba duduk dan tanya diri sendiri, apakah kejayaan yang telah dicapai? Keputusan SPM yang hebat? sudah tidak berguna di menara gading ini. Pointer tinggi semester pertama? bagaimana pula dengan semester akan datang? Persoalan demi persoalan jadi apakah terasnya?

Nilai diri sendiri itu adalah terasnya. Nilai ini adalah amat subjektif dimana nilai diri kita akan semakin meningkat jika kita selalu memantapkan diri sendiri dengan banyak nilai-nilai lain yang positif. terdapat graduan yang mampu grad pada first class tetapi tidak pandai berkomunikasi dengan orang lain. Ini masalah yang serius kerana ramai daripada graduan kita menghadapi realiti yang sama. Saya sangat sarankan mahasiswa untuk duduk berfikir. apa yang boleh dibaiki lagi? saya cadangkan satu pendekatan yang lebih senang iaitu membaca buku-buku motivasi. kalau malas, tidak mengapa, pegang je buku itu ke mana-mana pembaca pergi. nescaya ataupun tidak, akan terdetiknya dalam hati untuk membaca. Satu muka surat pun sudah cukup baik. dari satu muka surat ke dua muka surat akhirnya buku itu akan habis dibacanya. Dikongsi bersama rakan-rakan dan teman sudah cukup untuk kita tanamkan nilai positif dalam diri kita. tanpa kita sedari, kita sudah memperbaiki komunikasi dan juga tahap pemikiran kita.

JANGAN sekali-kali paksa diri. Jikalau paksa diri, nilai yang cuba diterapkan tidak sampai pada poin. Kita sendiri akan jadi resah dan mudah berputus asa, bukankah itu menambahkan nilai negatif kita?

Sebagai kesimpulannya, saya sarankan balik kepada pembaca untuk duduk berfikir apakah nilai positif yang kurang dalam hidup saya dan cuba sedaya upaya untuk dapatkan nilai positif untuk diri sendiri. Berusahalah demi diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan yang lebih menarik.

Darren Lai
=)

4 comments:

  1. ????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????? he3...

    ReplyDelete
  2. pe cer psl simpan brg di loker? nape senyp ja? dgr kata ko lawan jkm? nape lawan jkm?

    ReplyDelete
  3. keep going...fighting.... never give up... i always u give support...

    ReplyDelete
  4. loker masih dalam pertimbangan TNC, ada pihak yang mengatakan loker ini hanya perjuangan individu semata-mata. Thnx unutk sokongan.. dari mahasiswa untuk mahasiswa

    ReplyDelete