Thursday, December 2, 2010

Mahasiswa kurang bijak atau diperbodohkan


Salam Sejahtera Salam 1 Malaysia

Tergerak hati saya untuk menulis tajuk ini kerana terkilan melihat bagaimana mahasiswa pada kali ini diperbodohkan. Penulis mengaku bahawa di ketika saat penulis menulis post pada kali ini, perasaan penulis bercampur baur antara kecewa dan marah di sangat walaupun penulis sedar emotion tidak boleh disamakan dengan action kita walaubagaimanapun.. penulis ingin luahkan segala yang terpendam dalam hati serta fikiran.

Duit merupakan nadi kehidupan mahasiswa di kampus. Duit jugalah faktor pembezaan di antara mampu berbelanja mahupun tidak. Ada yang mengatakan mahasiswa mampu berbelanja topup, awek dan pelbagai lagi tetapi tidak mampu untuk memenuhi tuntutan universiti untuk membayar yuran-yuran khas tertentu. Di sini saya ingin tanyakan semula kepada para pembaca.. IPTA atau lebih dikenali sebagai universiti awam sememangnya bertujuan untuk membantu rakyat yang kurang berada untuk mendapatkan pengajian tetapi pada pendapat penulis sendiri ada sesetengah IPTA pada masa kini lebih mementingkan penjanaan kewangan berbanding mendidik anak bangsa. mengapa saya menyatakan sedemikian, lihatlah di sekeliling kampus sendiri, mereka lebih mementingkan mahasiswa luar negara yang membayar lebih mahal berbanding mahasiswa tempatan. Malah ada sesetengah IPTA sanggup untuk mengurangkan kemasukkan mahasiswa tempatan semata-mata untuk memberi ruang kepada mahasiswa luar negara sehingga sanggup mewujudkan sebuah kampus khas untuk mahasiswa luar negara.

Berbalik kepada poin duit, sememangnya duit dipandangan pentadbiran tidaklah besar mana tetapi bagi mahasiswa, perbezaan RM10 merupakan satu perbezaan yang ketara. Tidak dinafikan ada di kalangan mahasiswa yang sanggup berbelanja perkara-perkara lain tetapi kekadang penulis tidak boleh salahkan mereka sekiranya pembelanjaan mereka berpada-pada. Penyataan penulis ini tidak merangkumi golong kaki clubbing ataupun yang menggunakan duit untuk perkara haram tetapi walaubagaimanapun ada segelintir mahasiswa yang menggunakan duit itu untuk perkara sosial yang biasa. Tengok wayang, keluar jejalan dengan kawan-kawan bagi penulis ini tidak salah sekiranya digunakan berpada-pada. Tetapi jangan lupa, kebanyakkan kampus adalah di lembah klang, sekali keluar berjalan-jalan mampu menelan belanja yang banyak.

Ok, mungkin kita boleh halangkan mahasiswa untuk berbelanja.. gunakan 100% untuk tujuan akademik, makan dan perkara-perkara penting sahaja.. Negara komunis ke kita? perlu ke kita menghalang mahasiswa daripada mendedahkan diri mereka kepada dunia luar. masuk bekerja nanti, semestinya mereka akan berasa 'culture shock'. Dalam universiti lah sepatutnya kita dedahkan mahasiswa kepada dunia luar secara berhemah. dedahkan mereka kepada masyarakat supaya mereka dapat asimilasikan diri mereka dengan masyarakat luar. Tetapi kalau kampus bebankan mereka semestinya perkara ini akan membantutkan proses ini.

Ini hanya cerita untuk mahasiswa yang mampu, bagaimana pula dengan mahasiswa yang tidak mampu? Dimana mahasiswa yang bergantung 100% kepada ptptn atau biasiswa yang lain? yang hanya bergantung kepada pinjaman atau biasiswa kerana berasal daripada keluarga yang miskin
dan tidak mampu untuk menanggung kehidupan anak mereka di menara gading. Adakah Ptptn sahaja sudah mencukupi untuk menampung pembelanjaan mereka di bandar raya Kuala Lumpur? Jawapan yang pasti saya berikan adalah tidak! saya pernah melihat mahasiswa tidak pulang kampung untuk cuti aidiladha semata-mata untuk kumpul duit untuk pulang pada penghujung semester. saya pernah lihat mahasiswa yang sanggup makan RM5 sehari semata-mata untuk beli tiket pulang kampung. Dua mahasiswa ini tidak pula kelihatan bersosial ataupun berbelanja sakan kerana mereka sendiri sedar mereka dari keluarga yang susah. Adakah bebanan kolej berikan ini mampu ditanggung oleh mereka? RM 10 bagi mereka adalah satu nilai yang sangat besar. Pernahkah kolej fikir mengenai mereka?

Ada mungkin tertanya mengapa RM26? jawapan yang telah diseragamkan adalah 'universiti seboleh-bolehnya tidak mahu student letak barang dalam loker kerana takut hilang' jawapan yang telah saya terima sejak tahun 1, tetapi adakah wujudnya konspirasi kerana seingat saya ada seseorang bisikkan ke telinga saya 'banyak la orang hendak sewa bulan cuti ini', apakah sinifikasi antara sewa loker yang mahal dengan orang luar hendak sewa? saya tidak mahu mngulas lanjut tetapi akan saya terangkan dalam post akan datang.

Dari mahasiswa untuk mahasiswa

Darren Lai
Presiden PEMKA

1 comment:

  1. emm.. btol2...
    serius sy ckp wat the heck benda ituh..
    cukup2 ar jgn mbebankan mahasiswa..
    just want to know..if bayaran loker tu benar2 kena bayar.. saya nk tahu apakah tujuan loker itu dibayar hingga mahal gitu?!!!! ada bukti dari mereka tuk tunjukan kepentingan bayaran terbabit??
    saya memang nk tgk bukti pentingnya bayaran loker tu bagi dorang...

    ReplyDelete