Thursday, December 23, 2010

Global Outreach Program @Batam Indonesia




Salam sejahtera, Salam 1 Malaysia

Pada 12 Disember 2010, PEMKA telah menganjurkan satu program Global Outreach Program to Batam. Walaupun program ini merupakan anjuran PEMKA tetapi hanya seorang sahaja wakil dari PEMKA iaitu saya. Ini adalah kerana program ini merupakan kesinambungan dari Program GEMILANG yang telah diberhentikan atas sebab kekurangan bajet.

Dalam Program Gemilang yang lepas, saya sendiri berjaya mengumpul wang penajaan sebanyak RM 10,000. Oleh itu bajet yang telah dikumpul dalam GEMILANG telah digunakan dalam Bajet program ke Batam ini.

Pengalaman Batam ini amat menarik kerana ini merupakan program oversea saya yang pertama dan sayalah pengarah program. Semasa di Batam, pelbagai tempat telah dikunjungi tetapi pada kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya yang paling berharga di Batam iaitu berkunjung ke Universitas Internasional Batam.

Rupanya-rupanya kuliah mereka berjalan pada waktu malam, pasti ramai yang tertanya mengapa malam kerana waktu kuliah yang biasa kita di UTM sendiri pun waktu pagi sahaja. Ini adalah kerana mahasiswa di Batam adalah mahasiswa bekerja. Jadi mereka hanya senang selepas waktu pejabat.

Ada yang mungkin akan menjawab, ohh ini macam program SPACE di UTM. Tidak mereka bekerja adalah bertujuan untuk menampung kuliah mereka. Telah menjadi tradisi di Batam dimana keluarga mereka tidak akan menampung pembelajaran mereka di universiti. semuanya kena berdikari untuk mencari jalan bagi memastikan mereka mendapat pendidikan lanjutan.


Untuk pengetahuan pembaca, tidak wujudnya apa-apa jenis bantuan kewangan yang telah diperuntukkan leh kerana untuk pembelajaran universiti. Begitu berbezanya dengan negara Malaysia yang mewujudkan pelbagai bantuan biasiswa dan pinjaman untuk memastikan mereka dapat menyambung pelajaran tetapi masih ada yang tidak menghargainya.

Sebelum berjumpa dengan Universitas, rombongan kami juga berjaya terserempak dengan WaliKota (wakil rakyat) Batam. Pelbagai idea-idea telah dikemukakan malah kami telah berkesempatan untuk bergambar dengan beliau.

Hasil daripada pertemuan kami dengan UIB, kami telah bersepakat untuk mengadakan MOU diantara dua universiti bagi menghasilkan satu kelangsungan hubungan persahabatan yang jitu di antara dua universiti.

Kesimpulannya ialah, saya tak sabar nak anjurkan program oversea lagi pada masa yang akan datang. Harap-harap tidak akan menjadi seperti program GEMILANG.

Darren Lai
Presiden PEMKA

No comments:

Post a Comment